Kaum Hawa


16 KEISTIMEWAAN WANITA

"Sekadar renungan buat insan bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita."

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki.




Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.



Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.


 Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

 Syurga di bawah telapak kaki ibu.

 Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

 Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia dari mana-mana pintu yang di kehendaki tanpa dihisab

 Seorang wanita yang mencuci pakaian suaminya,maka Allah SWT akan mencatatkan 1,000 kebaikan  dan mengampukan 2,000 kesalahan.Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkatkan 1,000 darjat untuknya.


 Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

10.       Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya diibaratkan seperti orang yang senantiasa menangis karena takut kepada Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

11.     Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

12.     'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap laki-laki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

13.     Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

14.     Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

15.     Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimat ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.


Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

16.  
 Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). 

16


p/s : Sebenarnya banyak lagi keistimewaan wanita but saya just ambil yang certain yang rasa kita semua boleh buat .In Shaa Allah. Besyukurlah anda dicipta dalam kalangan kaum hawa ^^

Comments

Akeyla Azmi said…
subhanallah byk nya keistimewaan qila!! eh eheheheh. Thank u so much!! <3

btw followed ya back hastalavista bebeh~ hehe

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts