Kekasih yang dirindui

Assalamualaikum,Insha-Allah sempena bulan Rabiulawwal, so saya just nak share about our Nabi Muhammad SAW.Pagi tadi ada ceramah bertajuk "Qudwatul Hasanah" melalui siaran langsung di Surau Al Ansori yang tersergam indah :') "ayatt"

Allah selawat dan salam atas junjungan
Penghulu,Kekasihku
Pengubat Hatiku
Jasadku dan
Rohaniku

Penghulu Para Rasul
Muhammad Ibni Abdillah
Jurjur dipercayaai dan atas keluarga dan sahabat
sekaliannya.

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


Sejauh Manakah Kita Mengenali Nabi Muhammad SAW?


Biodata Nabi Muhammad SAW
NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab bin bin Lu’ai bin Ghalib bin
Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.
TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU          : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA                 : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA      : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
GELARAN  DIBERI                        : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA             : Siti Khadijah Khuwailid.
NAMA ISTERI- ISTERI NABI SELAIN KHADIJAH :
Saudah binti Zam’ah
Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah binti Abu Sufyan
Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab binti Jahsy Maimunah Binti Harith
Safiyah binti Huyai bin Akhtab
Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK NABI MUHAMMAD                            :
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra’
UMUR KETIKA BERKAHWIN     : 25 tahun.
NAMA DATUK                                  : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA                : Abu Talib.
UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU                                  : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI                    : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH                           : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah SAW ketika berusia 53
tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT               : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
DIMAKAMKAN                 : Madinah Al-Munawarah

Peninggalan Rasulullah SAW seperti serban, kasut, kesan tapak kaki dan baju


Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab (33): 21) : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”

Para sahabat Nabi pernah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran”.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kita terhadap baginda Rasullulah SAW. Dengan itu, mari kita perbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ yang merupakan satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita sebagai umat Islam.  Renung-renungkan sejenak…
Credit : Bicara Santai :')

Comments

Saya Nana said…
Selawat ke atas baginda... Nice post! keep up!
Saya Nana said…
Nana curik post ni... Hehe .... Mai sini... NAna buat entry promote blog Isma... hehe... http://ime-enana.blogspot.com/2014/02/peringatan-buat-nana.html

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts