crosscountry


Assalamualaikum, fuhh syukur masih dapat bernafas.Allahmdulillah.Tak dak lagi aihh yang crosscountry mati. Walaupun kami "Osman" dapat no4 .Takpa.takpa.jangan cuak sangat.Itu bisa diatur yaa.waduh .waduh. kakiku bukan kakimu, terasa sangat sakit .ahhh ahhh aku tak dapat rasa kaki aku. Maklumlah aku lari pecut tanpa henti tau.Sebab tu la terlepas dekat belakang.Tapi sekurang-kurangnya aku dapat potong Adam!!! bahahaha Bangga tau, awal-awal tu dia dekat depan aku then aku pon jalan-jalan then potong dia tiba-tiba tanpa diduga dari belakang "kedepaq,kedepaq" sound effect bunyi orang lari, Adam potong aku. aishh tak leh jadi ni. So aku pun lari ala-ala hindustan kejar dia..hahaha sorry Adam :P

Actually dalam fikiran aku sedang tunggu seorang putera untuk tarik aku berlari dengan dia tapi wake up Isma ! berpijaklah di bumi yang nyata jangan terpijak taik lembu sudah.Tiap kali sampai ja check point mesti cikgu cakap

Sir : Nak dekat dah , lari sikittttttt jee lagi

Aku : Memang laa dekat, sir naik moto.-,-

Cikgu : lari-lari..lagi sebatu jee..nak sampai dah. ^^

Aku : "langkah batu" cikgu....asal tak sampai-sampai lagi ni..kata lagi sebatu :3 cikgu tipu..cikgu tipu --"
Hati aku meronta-ronta "bila nak sampai ni" "nak air" sampai air becak pun aku boleh terliur tau.Kalau aku minum mohon telefon Hospital Tanjung Rambutan. Terima Kasih. Alhamdulillah aku masih dikurniakan kewarasan ketika itu.ok telan air liur.Selamat aku tak nampak taik lembu tu macam coklet tau. euhhhh Aku rimmm mmass "gaya mat luthfi"


Bila aku fikir balik merentas desa ni bukan sekadar kita bersaing sesama sendiri or rumah sukan,but its all about ukuwah. Tak kira la kau rumah Biru ke Merah ke, mahupun Pink "kenapa mesti pink?" sekalipun, kau tak boleh la pentingkan diri sendiri contoh kau nampak seorang hamba Allah ni jatuh pastu kau tengok dia rumah sukan lain pulak, emm otak kau mesti berfikir sepuluh kali kan. Samaada kau nak tolong dia atau pun kau tinggal ja sebab kau nak kejar no 1. Mana pergi nilai kemanusiaan kau kalau kau lebih kejar pangkat or darjat or tempat pertama yang hanya berteraskan duniawi semata-mata? think!

So aku rasa best sangat dapat kenal dengan junior yang comel haha.Still boleh bayang time depan kita orang ada pelajar lelaki yang entah " asal tanak lari taktau" so time tu sebelah aku junior form 2 kot "kalau tak silap" and dia rumah Omar " kuning" then aku ajak dia lari sama-sama then potong kaum adam yang acah-acah nak lari la konon.pfttt  dekat situlah aku kenal..haha Aku mula sedar time kak Puteri pegang bahu aku suruh lari, padahal aku rumah biru and dia hijau. Aku senyum ja..malas nak lari -,-"and ada sorang form 1,comel sangat tau.dia rumah Osman "biru" lari sebelah aku aka jalan lahh..haha kesian dia tau kena dengar aku membebel sorang-sorang :3 and tiba-tiba dia tanya aku

Adik f1 : Kak, jauh lagi ka? emm penat kan...

Aku : dekat jee lagi "ayat menyedapkan hati" depan tu nanti kita jumpa sungai, then kena rentas titi nak dekat dah ^^ tahun lepas lagi jauh tau --" "padahal aku rasa macam nak tercabut dah kaki ,dekat la sangat kan"

And the moment yang aku sangat rindu bila ada kawan yang grab tangan aku ,ajak lari sama-sama.Rasa macam ada semangat baru untuk lari..heee ^^but yang mengecewkan aku orang yang tarik aku bukan rumah sukan aku sendiri,emm terkilan sikit dekat situ. Yang sama rumah sukan dengan aku dan sama batch buat tak tau ja dengan aku macam tak kenal padahal jalan sebelah menyebelah ,tegur pun tidak..haha ok aku faham --" sob sob



hand in hand :)


Hadis Rasulullah S.A.W. tentang persaudaraan:- “Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya”(riwayat Muslim)


Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah S.A.W. bersabda:“Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah S.A.W. bersabda:“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim)


note
: Kita mampu mengubahnya :)



Comments

Aimy Razali said…
nice entry,aimy follow sini

http://aimyrazali.blogspot.com

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts