Hidup

Assalamualaikum,Alhamdulillah aku dah download blogger app for android.Huwaa lepas ni boleh update selalu macam dekat twitter.pftt harapla :3 Harini dah start sekolah dah kan kan kan kan? Best kan sekolah? gulp -_-

 
Selamat berjihad rakan-rakanku,buat senior yang nak menempuh SPM, FIGHTING!.Adik-adik junior yang dikasihi,buat betul-betul untuk PBSMR,buktikan yang negara kita boleh maju macam negara lain jugak tau.Yang penting minta keberkatan daripada guru,yang tertidur,tak siap homework ke.Minta maaf dekat cikgu.Jangan sampai guru terasa hati dengan kita. :) Allah menciptakan manusia sebagai insan yang lemah agar mereka saling melengkapi.Kejar Akhirat di samping dunia.Jangan tinggalkan kejayaan di dunia langsung.

Someone : Fardhu kifayah beb.Orang buat aku tak payah.

Saydina Abu Bakar al-siddiq :Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang anda miliki sendiri,bukan kecerdasan yang dimiliki orang lain.

Sayidina Ali bin Abi Talib : Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga,sedangkan ilmu menjaga kamu.

Ovidiums: Orang yang dikatakan hidup ialah orang yang bercita-cita,bersemangat,berpengatahuan dan meninggalkan jasa.

Jadi,apa lagi alasan kita untuk meninggalkan Fardhu Kifayah?Sampai ubat doktor pun dibangkitkan mengatakan bahawa melawan kuasa Allah.Siapa yang menyembuhkan kita?Allah bukan ubat! Ubat itu hanyalah usaha,ilhtiar kita untuk melawan penyakit.

P/s:Jadilah umat Islam yang berbakti untuk Ummat bukan umat yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat."Hidup biarlah berbakti walahpun tidak dipuji".

Comments

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts