Kelebihan Umat Nabi Muahammad SWT

Assalamualaikum,sudah lama tidak bersua, betentang 4 mata, bertegur sapa,betepuk tampar kedebuk kedebaq dan semualah.Usah dibiarkan ramadhan pergi....

"Dengan ini,saya Penyampai Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh puasa bagi seluruh Umat Islam  iaitu pada hari Ahad ,29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H.Sekian Assalamualaikum warah matullahi wabarakatu."

Selesai siaran lagsung.Suara keriangan penghuni rumah ,jiran tetangga jelas didengari. Suara kegembiraan jelas tergambar. Takbir bersahutan bersyukur kehadrat Ilahi. Syaitan bertempiaran menangisi diri yang bakal dikunci.Nafsu mula mengongkong diri. Iman bertungkus lumus menangkis serangan (umpama bulu tangkis yang ditangkis oleh Dato Lee Chong Wei mengenai bahu Lin Dan "fulammak" ) nafsu agar diri tidak hanyut ditelan nafsu serakah yang bermaharajalela dalam diri manusia.Fatamorgana manusia yang jahil tetap sama,sedikit pun tidak berubah.Apabila bulan Ramadhan membuka tirainya,gambaran di dalam kepalanya hanyalah Pesta Makanan , Pesta Pakaian dan KENA PUASA!

Dekatilah majlis ilmu agar kejahilan tidak destruktif diri. Carilah pembimbing yang mampu mebawa kita ke jalan yang diredhai Nya. Usaha ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Mulakan dengan membaca Al-Quran dan maknanya agar hati tenang tidak menyimpan sifat dengki yang mengotorkan jiwa insan yang dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sezarah dosa. Zikir dan selawat selepas solat fardhu usah dilupa agar bibir tidak lekang bertasbih dan berselawat kepada Maha Pencipta dan kekasihnya. ~BERSAMBUNG~ 





Antara kelebihan umat Nabi Muhammad ialah :


Pertama : kita sebagai Umat AKHIR zaman...
Allah s.w.t telah memilih kita sebagai umat akhir zaman dimana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas kita. Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam hinggalah ke zaman nabi Muhammad s.a.w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat nabi Muhammad s.a.w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat nabi Adam yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Kedua : Pahala yang berlipat kali ganda
Kebaikan yang Umat nabi Muhammad s.a.w lakukan akan dibalas dengan berlipat kali ganda. 1 amalan dibalas dengan 10 kebajikan. MasyaALLAH.. begitu sayang ALLAH s.w.t kepada umat nabi Muhammad berbanding dengan umat2 yang terdahulu.

Ketiga : Syafaat Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu2 nya nabi yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umatw yang terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi Muhammad s.a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t untuk menerima syafaat oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a.w.

Keempat : Penangguhan seksaan di dunia
Umat nabi muhammad s.a.w tidak akan diseksa atau di jatuhkan hukuman oleh ALLAH sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi Muhammad s.a.w telah memohon kepada ALLAH supaya memberikan peluang kepada Umatnya sehingga hari pembalasan untuk bertaubat kepada ALLAH terhadap kesalahan2 yang dilakukan.

Kelima : Malam Lailatul Kadar
Umat nabi muhammad s.a.w merupakan satu2nya umat yang diberikan oleh ALLAH satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu malam lailatul kadar. SubhanALLAH.



note : Mari kita kejar,buat pecutan terakhir untuk menemuai garisan penamat Ramadhan dengan JAYANYA! FIGHTING!

Comments

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts