KRS National Challenge Part 1



Assalamualaikum tuan, Saya Kadet melaporkan bahawa jumlah tenaga pada hari ini ialah kosong point kosong kosong kosong, dan kalau aku mampu, pasti jimat selalu oooo..KALAU AKU KAYAAA.


"Apa kau merapu ni! pamping sejuta kali! turun sekarang! " Aku pun melabuhkan badan ke atas tar yang penuh batu lalu merebahkan badan naik turun sejuta kali . *mohon percaya*

Lalu datang konco-konco ku yang busuk sebab tak dan mandi lalu didenda menyanyi? what the?


Mereka pun bernyanyi dengan penuh semangat umpama Giant yang menyanyi lagu rock sehingga menyebabkan rakan-rakannya terharu T_T

Perasaan orang sekeliling yang mendengarnya tapi tak berani diluah

----------------------------------------------------------------------------------

Asal mulut aku ashik menyanyi je nak update blog, padahal hati dan perasaan aku meronta-ronta suruh aku ngadap tv sambil peluk bantal dan tidur. pehh nikmat beb. Depan mata,penuh dengan homework dan task-task yang aku perlu siapkan,usung ke hulu ke hilir tapi tah asal aku tak nak sentuh.Aku SIBUK K. SIBUK. Dengan amali yang entah bila tiba penghujungnya. Kertas kerja , Oral yang menyakitkan jiwa.Naluri ku sebagai manusia,kadang tertanya-tanya adakah aku mampu melakukan semua ini? Ya Allah. Bantulah hambamu.

Sir : Ni baru sikit,nanti masuk U, tak dan nak mandi.

Kami : Haha,Sir tak mandi.

Sir : Saya mandi...,wangi tiap-tiap hari...

Kami : Hahahaha * hambar laa*

First,kita orang ada perjumpaan di mimos.Cuak weh,ingatkan nak gi escape, Rupa-rupanya *jeng..jeng..jeng* 'kau,kalau tak over tak sah kan' Mengumumkan bahawa SMKA AL-IRSHAD telah dijemput untuk menyertai Kem KRS peringkat Kebangsaan. We like : What?? Bestnya!!! Nak pergi! Kita orang hantar 2 team. 10 lelaki dan 10 perempuan.Waktu nak tulis nama sapa nak pergi,pelajar akhwat.Alhamdulillah selesai.Tapi ikhwan,banyak pulaa dramanyaaa.

p/s : Aku first time pergi kem. -Harap Maklum-

After selesai hantar nama dekat pihak penganjur melalui email,then hantar senarai nama perserta kepada pengetua.Seperti biasa,ada taklimat, pakai baju pergi , berapa helai nak bawak baju,kasut berapa pasang dan lain-lain barang keperluan *rasa macam buat karangan,pftt*

Sebelum pergi, kena la buat amali, Pasang khemah. Best tau pasang khemah, sebab dapat la rasa kerjasama antara ahli kumpulan, pastu rasa macam perantauan sangat *memang perantau tidur dalam khemah pon kan* Kalau tak belajar, Masya Allah ,tak boleh bayang kita orang terhegeh-hegeh pasang, buka beg khemah " Ni besi apa weh" "yang mana pelapik,yang mana atap" Huru hara, last-last tidur la kau atas tanah, mati kesejukan.Hiperbola sangat tau.

Khemah  yang besarang dalam mindaku..hua hua hua



Khemah sebenar yang dalamnya busuk bau hapak peluh manusia yang tak dan mandi dan aku terpaksa bawa ambi pur untuk memerangkap bauan tersebut
Lepas tu buat amali KITA BAKOR,main masak-masak,bakar ja semua benda yang ada disekeliling ku ada dinding-dinding yang menghadangi dan merintangi..So aku nak buat totural cara-cara nak buat api..hehe

First : Korek lubang setakat yang termampu,jangan pula kau ambil cangkul,yang tu untuk kau korek liang lahad untuk diri kau... faham?

Second : Kutip kayu dan daun kering ...letak dalam lubang tu.

Third : Ambil mancis or petik api,nyalakan dekat kayu kering then cucuh *orang utara kalau taktau masuk cucuh mohon asking mr goggle cari apa maksud loghat*  dekat daun dalam lubang tu..

Dah jadi api *tepuk tangan* 

note : Harap aku ada masa la nak buat part 2,part 1 pun dekat 3 jam lebih nak siapkan.Fighting!






Comments

Sara Liyana said…
Hahaha.cucuh api... org utara mana xtau cucuh tuh apa nak kena luku dah pala

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts