KRS National Challenge Part 2


17 October 2014

Assalammualaikum,


Seperti yang telah dijanji ' aku ada janji ka? ',beta nak sambung untuk part 2 baik punya!JADI YANG BELUM BACA PART 1 BETA PERINTAHKAN BACA SEKARANG ! 'kalau tak,beta murka!'' korang taknak kan tengok beta murka,menjelma menjadi princess  dalam mimpi kalian semua.ERK' hahaha*gelak mak tiri cenderella*  Alhamdullilah,masih dikurniakan akal yang kuat,masih mampu menyimpan memori untuk aku baling semula 'throwback'.Aku kena kaji semula laa asal usul perkataan throwback ni,asal gambar nak baling-baling eh? bukan imbas semula? browse back? ok abaitkan -,-"


Selepas solat Zohor, muslimin 
*kata ganti bahasa arab untuk lelaki* solat Jummat la kan. Kita orang berkumpul dekat dewan Irshad yang tersergam indah dah dah dah *sound effect* check baray,tali apa tu yg warna merah tu pastu first aid dan bulu yg dekat baray yang sir hanya bagi 2 konsi 20 orang.Faham tak? carik-carik kan bulu tu pastu potong 2, tu kot apa yang dimaksudkan hmm.Kenangan yang tak boleh lupa bila salah seorang pihak muslimin datang pakai baju kemeja hijau yang selalu pakai hari Rabu tuu.Dan pakaian yang patut dipakai ialah t-shirt hijau. Aku mushkil asal dia sesat sorang-sorang, 'mungkin ajaran dia tidak diterima orang lain' emm,memang semua gelak laa  waktu dia sampai *pastu tc marah,kami gelak dekat dia. tc pon gelak hehehe* haru haruuu

Dalam pukul 3 kot baru bertolak, hujan renyai-renyai,air bergelora,emak bagi duit adik pergi sekolah,cikgu tanya adik 3 + 3 adik jawab 6 ,cikgu kata betul,adik pun puuuuuuuuuuulang. (jadilah muka korang yang cantik) Dalam bas,bosan k bosan,radio pun macam buka macam takmau bagi kita orang dengar jee,macam pelan jee,


pak cik bas : Saya nak FOKUS..FOKUS.


Habis fokus la,tawaf kailan berulang kali cari minyak, minyak oh minyak kenapa engkau tak de?


Minyak : macam mana aku tak ade,korang la malas,nak pergi gali..gali la sendiri.


ok Diam


Dalam bas lepas baca doa kenderaan,memang baca doa tidur la kan. Kononnya nak simpan tenaga. Nak buat kerja berat jab lagi, guling-guling dengan cacing,panjat pokok dengan orang utan Kononyalaa pftt.Bila singgah stesyen minyak,beli la kan air 100 plus plus,aku tengok muslimin beli sampai 2 botol besar,nak buat kerja berat la katakan.Cukuplah untuk aku botol kecil 100 plus dengan sebotol air mineral dan cekelat untuk dikunyak ketika waktu bosan.


Dalam bas, wehhh aku tak mengantok,then pindah pergi sebelah Iffah. Iffah pun bercerita dekat aku. Po Pet Po Pet .Cerita sedih ada,sadis ada,gembira ada,nak dengar sila jumpa sendiri ( kalau aku taip apa yang Iffah cerita, nescaya kerepotlah jari aku )


Iffah cerita sampai aku nangis tau tak,hahaha *nampak tak betapa aku menghayati*




Photographer of the year *apploud*


Akhirnya,sampaila kami ke Kampus IPG Darul Aman,pusing punya pusing ,tak jumpa der tapak kem.HAHAHA hamik kau dah la mai lambat,pastu tak jumpa pulak ,balik-balik nampak tempat pengumpulan sampah.-,- Alhamdulillah, setelah pembaziran minyak berlaku,kami tiba dengan selamat dan disambut seperti VVIP .Kami diangkat dan dijulang *ok itu semua dalam mimpi* Kami disurah cepat,sebab negeri lain semua dah sampai,kami orang last T_T AGAK DAH.

Pergi daftar,makan,solat,dan letak beg,pejalanan mengankat beg dari dewan ke tempat letak beg lebih kurang 150 meter dan,kitaorang sangat tak larat!!! ahh berat,dengan beg khemah,dgn tudung dan baju kawad yang digantung rapi bersama hanger!


Pegawai yang ditugaskan dekat belakang : Tu la mai,bawak almari...


aihh T_T menyesal tak pakai beg roda,heret jeeee T_____T


Pastu bermulalah aktiviti pemasangan khemah oleh orang yang berpengalaman *setelah amali 1 kali meh* seperti aku, mula-mula cari la tapak khemah,kalau boleh nak yang strategik,menghadap laut ,kalau boleh laa *mana mai laut,dok pon tengah-tengah darat* Mai pon last,tempat tu ja lah tinggal tapi ok lah..


First : Besihkan tepak khemah,dia kata jangan tendang*kuih* pakai kaki..Ok2 kami pon kutipla..ranting-ranting .


Second : Pasang laa khemah,tunggu apa lagi..


Selepas tu, Solat Maghrib dekat dewan,dan dengar tazkirah.Maklumlah semua mai,remaja-remaja tiang negara.Ustaz tu dari Kelantan or Terengganu,aku tak paham sangat,loghat beliau pekat hmmm Ada la part-part yang aku boleh faham -,- Aku tengok semua tak tidur,maksudnya best la tu kan.Huhu.Kena la ada makanan rohani baru pehh, so far so gud. gud.Aku bolehlaa ikut rentak dia kan.



Then taklimat untuk aktiviti seterusnya...bla bla bla 'aku pun dah letih menaip' ok bersambung untuk Part 3 akan datang~~~

coming soon



Note : Ya Allah,jauhilah aku dari sifat malas.Kerana malas itu,Islam mundur,Kerana Malas itu,aku binasa!






Comments

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts