KRS national challenge Part 5

19 October 2014

Malam kemuncak. Malam yang sayu. Malam yang semangat .Malam yang mana gelak ketawa tersimpan seribu makna. Semua perasaan bercampur baur sebati kalau buat ayam berempah kira sedapla kekeke 'aku lapar' .Malam dimana angin bertiup lembut menyentuh setiap hati-hati kami supaya sedar akan ukuwwah yang terbina walaupun dalam tempoh yang singkat. Makan bersama,pergi tandas bersama,kawat bersama,lari bersama. Ibaratnya kurang seorang ahli dalam sebuah nahkoda itu, nahkoda akan condong, barangkali terbalik tenggelam lemas di lautan. 'pft,hembus nafas kata Alhamdulillah'

Ya Allah,terima kasih atas RahmatMuterhadap hamba-hambamu yang kerdil,tanpa ukuwwah,kami lumpuh,kami lemah,
tempang sebelah,tak mampu berdiri tegak ,Terima Kasih ALLAH :)

Malam itu tak seperti yang dijangka,sangkaan dalam hatiku ada aktiviti yang macam nagis-nagis gitu tapi sangkaan aku jauhhh meleset sebab kena gotong royong kan esok dah nak balik. Yeah or no yeah? emm

Aku dan Syifa ditugaskan untuk mencuci kafeteria, pada malam itu semua jadi tukang cuci tak berbayar 'tepuk sikit' Yang lain itu ada yang kena kemas stor,tempat solat dan susun apa tah -,-" 'aku lupa'

Muka paling happy of course MENTOR jadi Tuan Besar bagi arahan 'best sangat kan'

Aku malas nak cerita,just malam tu aku dapat tahu cerita yang aku rasa lawak.hehe

Ini cerita mengenai Tuan Adil. Sepanjang 2 hari aku berkampung 'acewwah', aku tak pernah nampak dia senyum. Muka serius ,acah-acah tegas,dan agak garang laa..agak laa.

Aku ingat nama dia sebab ada peristiwa (mari kita flashback)

Malam First di kem :

Kami beratur paling last untuk ambil makanan pastu dia dok suruh makan cepat-cepat.Then,

Somebody : Adil ka? kita baru dapat makanan kot,sabar la ,suap pun belum --'

Somebody 2 : Aish hg ni dah nama pun Adil. ADIL SANGAT!

p/s : sorry aku tak perasan sapa yang cakap. sebab aku gelak sangat! gelak sampai keluar air mata.  lolololol

Kejadian Malam Terakhir :

Hidayah : 'gantung monyet (sejenis binatang yang sangat femes di padang besar,yang bila tekan ada bunyi tu) dekat tengkuk,well binatang tu comel' (macam saye..k dak muka aku tak macam monyet)

seperti biasa depa dok main tekan-tekan monyet tu. "uhuuu ahaaa"(bunyi monyet.emm lebih kurang la)

Tuan Adil : "Saya tak suka monyet..eeeee awat dia ashik bunyi,mai dekat saye 'ambil monyet tu letak dekat bahu' Ok laa duduk senyap-senyap ok,saya bawa jalan-jalan"  .
OMG it's that Tuan Adil hahahaha

Tuan Azim buli kitaorang suruh nyayi sepanjang perjalanan nak pergi dewan .pftt


Hoi,Hoi ,Ya Hoi
Kami Semua Gembira
Kami  pulang bawak penyapu
lalalalala


Bahagia sangat tau 'bersabar ja dalam hati-istiqfar istiqfar'

Bila kenang balik,memang rare gila la,sambil jalan dalam baris bawak penyapu then kena menyanyi lagu tah apa-apa. ok Best! :)

Aku ingat lepas gotong royong tu bolehla,letak kepala dibuai mimpi tapi itu semua hanya mimpi.Yeah mimpi jadi kenyataan, sebab disambung dengan majlis raptai untuk majlis penutupan besok! Yeah ZzZzZzZzzz

jam menunjukkan jam 2pagi and guess what? kami masih di dewan sedang beraptai tai tai sambil tersengguk.Aku lawak tengok macam-macam ragam malam tu,well aku pun mengantuk tapi still boleh tahan,but bila tengok orang depan aku tidur dengan macam-macam gaya, mengantuk aku hilang, terhibur mungkin lol

bersama tuan muda yang minat Top.Tapi agama tetap number satu,sebab,haritu Tuan marah siapa yang tak solat! Tuan pun selalu pakai kopiah ^_^

Memperkenalkan : Tuan Furqhan 'tepuk la'



20 October 2014

Hari kemucak, semua bangun awal, pakaian uniform tergantung rapi berseterika. Ya,semua semangat nak balik kekeke. selepas mandi,solat dan makan .Tiba masa yang ditunggu-tunggu untuk menyarungkan baju uniform yang menjadi kebanggan warga KRS 'jangan poyo sangat boleh'

Sebelum masuk dewan,berkumpul dulu la macam biasa dan berita yang mengejutkan pagi tadi ramai yang lambat V_V Oleh itu, semua kena pamping! dah la atas batu jalan tar aishh, memang sakit tangan la dibuatnya. Ya Allah, dugaan.

Then majis penutup.Ucapan bla bla bla 'kalau aku type panjang sangat hehe'

"Tiba masanya untuk mengumumkan para pemenang". Waktu pengumuman tu semua tegak,yang tersengguk-sengguk tadi pun mata tak berkedip hahaha fokus nak tau sapa yang menang.Well ,aku tak berharap sangat yang penting dah buat yang terbaik 'ayat menyedapkan hati'

Alhamdulillah boleh dikatakan semua hadiah kami bolot muahahaha seriusly tak sangka :0

Naib Johan : Ujian IQ dan Memasak 'hehe ada pakej dah tu ..k just kidding'

Tempat Ketiga : berakit 'berkat selawat atas rakit :) '

 -TEMPAT KEDUA KESELURUHAN-

Then ambil gambar wuwuwuwuwu

Bersedia Berkhidmat Untuk Negara




note : Aku tak sabar nak pergi PLKN pula :)

Comments

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts