Posts

Showing posts from June, 2015

#1 Mati

Image
Tatkala roh dan jasad terpisah
dikala itu kita tersedar
dunia hanya sementara
hubungan kita terhenti seketika
dan di alam sebelah sana nanti
InshaAllah..kita bertaut semula.

Namun kita takut andai nasib tidak serupa
takdir juga pasti berbeza
nanti yang beroleh selamat akan tertinjau
tinjau mencari dan menanti nanti
"Di manakah sahabat sahabatku dahulu"

Ya Rabb!
Kami tidak melihat sahabat sahabat kami
yang sewaktu di dunia solat bersama kami,
berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..
"Pergilah kamu ke neraka lalu keluarkanlah sahabatmu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah!"
(Riwayat Ibnul Mubarak dalam Az zuhd)

Hati berbisik kagum
dalam gemetar yang bergulung
mendengar baris-baris wasiat
dibacakan kepada sahabat
sambil air mata tidak diseka


"Andai nanti kalian tidak menemukan aku di syurga,tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku..."
Pesanan Imam Hasan al Basri..
"Perbanyaklah sahabat sahabat Mukminmu,kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat…