Barakallah


Assalamualaikum and hai,pastikan anda habiskan sisa baki cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat sebagai contoh siram pokok,jaga adik yang tak reti reti jaga diri,memasak dan membuat homework yang tertangguh setelah sekian lamanya.Dengan ini,aku mewakili semua pelajar tingkatan 5 mengucapakn kepada para junioritas,Selamat Membuat homework.HO HO HO.Agak lama aku tidak mininjau perkembangan blog aku,maaf kerja blogwalking pun tertangguh sebab majlis perkahwinan aku sepupu aku,well merangkap jiran jugak.So,tetiba mood rajin aku terpaksa diaktifkan semula sebelum dileteri puan Ibu.

Memandangkan majlis Alhamdulillah berjalan dengan lancar,mood malas pun kembali.So hari ni just nak update about that majlis.

Majlis ni memang fully gotong royong orang kampung,korang pernah dengar tak orang geqau? Orang geqau ni lah yang bertanggungjawab untuk masak nasi dan lauk pauk.100% penduduk kampung sini,kebanyakkan orang masjid lah and semua pak cik pak cik,tok imam,bilal,tok,kadi eh,so tuan rumah just perlu sedia bahan nak masak je.Barang-banrang seperti periuk,dapur semua dah sedia.Diorang start masak waktu malam.

seekor lembu tumbang

Petang tu,mak cik mak cik akan datang untuk potong bawang,depa datang sukarela tau,tak perlu upah.Tuan rumah just perlu sedia air dan makan-makan sikit dan tidak dilupakan tisyu hahaha.Sedih o potong bawang,kalah tengok cerita senetron kena langgar,mati,pastu hidup balik.9 nyawa la katekan.

Hari kenduri,pagi tu bangun awal even malam semalam tidur lambat gile sebab tengok movie hahahaha.Kena potong sayur untuk laksa.Pukul 12 baru bersiap cecantik,sebelum tu memang serabai gile.

About sapa nak cedok,nak basuh cawan,pinggan pun kau tak payah nak bergaduh tumbuk tumbuk sebab semua ni akan diuruskan oleh team mentara,basuh pinggan pun ,banyak yang berasa bertangungjawab nak buat (lelaki la),tambah tambah yang kecik kecik,semangat je nak kutip pinggan.Alhamdulillah :)

tempat santapan

bilik pengantin

Bilik pengantin ni pun tak upah orang,sebab keluarga kitaorang memang dilahirkan berseni keh keh keh.Bunga,kain fully dibuat and digubah sendiri.



"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"
“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan“.





Note : Gambar memang sikit gile aku ambil,sebab sibuk sangat uhuk uhuk.Pecayalah

Comments

farhan hasanah said…
isma cantiknya!!!!!!!! WOW TERGUGAT I
Ichiy Hara said…
Tbh, first time aku tau the words org geqau huhu. Aku tunggu next entry cg feza kawen plak muehehehehe
BELLA LEE said…
jadi flower girl ka ?
acu yuhan said…
hi, perkongsian menarik.. done follow, follow me back :)
Isma Ismail said…
To Farhan Hasanah
tau dah

To Ichiy Hara
Tahun depan InshaaAllah hahahaha

To Bella Lee
jadi bibik ada la

To Acu Yuhan
Thanks :)

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts