Highschool life


Assalamualaikum,hai. Huh,rasa macam lama gila kan aku tak update. Minta maaf ye semua kipas-kipas dan haters sekalian *acah-acah macam ada orang tunggu post terbaru dari aku* wakaka . Bukan apa, bila dah tamat zaman persekolahan ni aku lebih menghargai gambar gambar dalam laptop aku nih. Printer pulak rosak  terharu dan terpaksalah aku berharap agar laptop ni terus berfungsi walaupun kadang kadang dia buat perangai tepadam tiba-tiba even battery penuh. Nakal tau laptop ni,saje je nak test kesabaran iolss. Setakat ni,tak pernah lagi la sampai hantar kedai sebab aku main tekan je sampai dia hidup kahkahkah.

Kalau nak dipilih zaman yang paling best waktu zaman keremajaan sudah semestinya sewaktu di tingkatan 3 zaman separuh mentah gitu. Sebagai batch terakhir mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) , aku amat berbangga kerana berjaya mengharungi onak duri dan panca roba sepanjang tempoh itu.Jadi di sini aku ingin menceritakan kepada anak cucu cicit ku sekalian, tuntutlah ilmu bukan sahaja hingga ke negara China malah ke Zimbabwe,Africa mahupun di sekolah sekolah berdekatan rumah anda. Dah kenapa ucapan aku macam menteri pelajaran pulak ni.

Kalau sekarang,adik adik tingkatan 3 mengambil PT3 , dan dikehendaki membuat kerja khusus. Kami juga akak akak kome sekalian turut melakukan tugas sebegitu. Waktu tahun aku, kerja khusus geografi dan sejarah peh pecah kepala jugak nak buat.Kami melawat sendiri kawasan, temu ramah sendiri masyarakat di situ.Tak main la copy hasil tangan orang lain ,tak gempak la beb!

Kena marah waktu kena hantar tugasan tu benda biasa (sebenarnya cikgu tegur je tapi rasa macam kena marah pang pang menusuk ke jantung).Even typo sikit pun kena buat lain.(ni geografi punya,aku tak larat nak print lain,habis dakwat dikerjakannya) T_T

Ok,lets mengimbau kenangan dulu~


Can you see handsome version of me? can u? hahaha sebenarnya tanak letak gambar aku sebab rasa handsome sangat wakakak *hempuk dengan kuali* tapi takut korang tak percaya aku buat kerja khusus ni,Astaqfirullah,meseg ini tiada unsur riak mahupun takbur ya

Ni temu ramah untuk kerja khusus sejarah pasal penanaman padi,lihatlah kanak-kanak gigih! Wow dah form three pun still ngaku diri kanak kanak ,forever young *muntah hijau*



kanak-kanak yang acah-acah tak pernah pergi sawah padi,siap buat music video lagi dekat sini. Ni la kampung aku yang permai,lagi indah saujana mata memandang. Hehe. Ni lah faedah buat kerja khusus dengan bersungguh-sungguh,dapat melawat kampung aku kikiki



teman kanak-kanak naik bas ,iring gi kampung aku *padahal time ni aku rasa aku yg gedik nak naik bas padahal nak gi kampung sendiri je kahkahkah*

Dah kenapa muka Hanis Sofia dan Fitrah macam tu? Terkejut dengan ketampanan dan kegentleman aku ke? ihiks malu itew *gedebushh penampo melayang*

Tetiba ada gambar pakcik berdua ni, ehehe bukan bakal bapa mertua korang,ni la pemandu pemandu teksi di Jetty Pulau Pinang . Punya la rancak di temu bual,tanya sepatah jawab berpatah patah,penat jari menulis -,- Pak cik ni ada merungut pasal hal teksi tak silap aku,dalam hati aku,kami bukan wakil rakyat mahupun menteri pengangkutan mahupun wartawan tv3 untuk menyelesaikan masalah itu. Yang nak baca kerja khusus pun hanyalah cikgu  Geografi sekolah kami je huwaaa.


ngak bisa nolong deh --"



Bergambar bersama taxi sebagai bukti,sekarang ni semua perlukan bukti! Baru boleh menang bila berbahas di parlimen .Ko dah kenapa?

Manusia yang terlibat waktu ni Shafiqah,Hanis Sofia,Fitrah,Azli Farihah dan Alya Mimi :)


After this kita terjah pemandu bas pula


Kerjasama yang diberi amat kami hargai.Siap excited nak ditemu bual -,- Diorang ingat kami pelajar U huhuhuhu

Nak dijadikan cerita, siapa yang buat kajian dekat Jetty terpaksa buat lain dengan sebab sebab tertentu maka hujan pun turun dengan lebatnya dan awan mendung selama sepoloh hari erk


Maka kami tukar tempat ke Kailan Kepala Batas pula



Encik-encik bas ni semua bagi kerjasama yang baik!Gigih Fitrah catat butir-butir bicara dan yang si Hanis tu rakam je hahahahahaha aku amik gambar je, kerja belakang tabir ni senang sikit. Masa di temu bual ni bas berhenti tau hehehe macam takde benda ja nak type



Kerja ni takkan siap tanpa pertolongan Guru,Ibubapa,kawan kawan and masyarakat yang bagi kerjasama tip top pada kitaorang.And ni bukan buat sehari dua hari,berhari-hari jugak nak siapkan.Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua.Terima Kasih untuk segala memori indah ini.

Tahun 2013 ni la aku kenal siapa kawan aku yang stay sampai sekarang. Azlyn and Farhan.Piqah ,Hanis,Fitrah aku kenal since diorang Form 2

Note : Kenapa aku baru ada kesedaran untuk update moment-moment penting dalam blog ni,tarikh pun aku tak ingat dah time ni -,-" Dulu aku rasa nak private kan life aku,tapi rasa rugi pulak sebab nanti lupa centu je.Tapi still ada limit hehe

Comments

Ichiy Hara said…
OMGGGG HAHAHAHA SO YOUNGSTERS!!! KAHKAHKAH DAH LA AKU PELIK BULEH KAWAN NGAN HANG TAK PENAH KELAS SEKALI PON HAHAHA GILOSSSS -.-
UPDATE BYK GI WEI PASAI SEC SCHOOL HUHUHUHUHUHUHU
Sally Samsaiman said…
sebab zaman ni kita mula kenal erti hidup...if you asked me, my 11 years of school will always be the greatest memory in my whole life :)
Isma Ismail said…
@Ichiy Hara : dia jadi secara semula jadi kann huhuhu Alhamdulillah dipertemukan dhn hg lyn! DAN HG PUNYA CAPS LOCK ROSAK KA??
Isma Ismail said…
@Pinocchio : Thanks for reading :) :)
Isma Ismail said…
@Sally Samsaiman : kalau boleh diputarkan waktu,cewwahh berpijaklah dibumi yg nyata huk huk
farhan hasanah said…
Mana gambaq aku. Ini tidak adil!!!!!😤 (pls pilih hat cantik dan hot jer k) hahahahah! Nice! You give me an idea tuo update la cumanya hm, mine would never be as fun as yours sobs.
Isma Ismail said…
@farhan hasanah : i will find the ugliest photo of u ! hahahaha *ketawa jahat*
muhammad syahmi said…
Salam Cik,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com
+6011-15359165