Golden Dua Times

Assalamualaikum, 1 march already . Lagi 2 hari ja result spm akan keluar. Tipulah kalau aku kata tak takut kan. Sekarang ni aku pegang dengan kata kata penceramah motivasi yang berbunyi

Yang baik, tak semestinya baik,Yang buruk tak semestinya buruk.

Dan kita kena faham kehidupan seseorang ni Allah dah susun dengan elok dah. Permulaan seseorang mungkin berbeza,yang penting ialah pengakhirat. Waktu ni aku rasa lepasan SPM dah ambil waktu fikir matlamat masing masing .Umur ni aku mesti dapat ni.......Umur ni.... aku dapat bawak mak aku pergi haji ke umrah ke!Umur ni... aku mesti dapat degree.Umur ni aku dah mampu beli rumah sendiri....Tak yah gatai nak bercinta sebelum nikah!Umur ni....... baru aku pikiaq nak kawin ke tidak hahaha dan banyak lagi matlamat yang hendak kita capai.

Kita merancang tetapi Allah lah yang sebaik-baik perancang.Sesuatu yang kita perlu ingat,dunia ini hanya sementara dan mati itu janji Allah yang pasti.Segala perlakuan kita di dunia PASTI akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Belum terlambat untuk kita bertaubat selagi matahari belum terbit di sebelah barat,selagi kita masih diberi peluang menghirup udara percuma ini walaupun sejengkal dengan kematian untuk memperhambakan diri,meluahkan seluruh rasa isi hati pada yang Esa. Dan sebaik-baik taubat itu ialah taubat nasuha.

Iman sering bergolak,naik dan turun. Kerana apa? lihat sahaja amalan seharian kita,hiburan non-stop! .Islam tidak melarang hiburan tetapi berpada-pada.berpada pada.saya ulang untuk diri saya berpada pada!
Jangan putus harapan dan sentiasalah berdoa dengan harapan Allah pandang kita bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. InshaaAllah.

Daripada Abu Hurairah R.A
Nabi SAW bersabda yang bermaksud

"Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan ,nescaya Allah mengujinya"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Ambil masa,rebut peluang yang ada untuk sentiasa berdoa kepada-Nya







“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, bilakah akan datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” Surah Al-Baqarah ayat 214.


Note : Aku juga manusia yang lemah,mudah goyah apabila ujian menimpa.Sedarkanlah aku,ingatilah aku dan selitkanlah aku dalam doamu.

Comments

Umie Yana said…
InshaaAllah, result spm awak mesti cemerlang..
SubhanaAllah, tersentuh bila baca entri awak.. Terima kasih sudi mengingatkan.. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah.. InShaaAllah, Aamiin :)
Liyaaa Erf said…
Goodluck. All the best^^
Sally Samsaiman said…
So, how's your result? Hopefully everything just as awesome like you :)
Diya Hanun said…
Tq share golden time dua tu..baru tahu..hehe
Isma Ismail said…
@Umie Yana :semoga Allah beri kekuatan untuk menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat InshaaAllah Ammenn :)Thanks awak :)
Isma Ismail said…
@Sally Samsaiman :Alhamdulillah ^^ kikiki awesome!
Isma Ismail said…
@Diya Hanun : sama-sama hehe :)
Ichiy Hara said…
Sikit hari bloggerfemes😒
Ichiy Hara said…
Anw nice post!! As awesome as you are!

D' Followers

D' Chatter

Popular Posts